Sunday 27 November 2011

BENTUK DAN RUANG


Bidang pembelajaran ini menitikberatkan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan bentuk dan ruang yang berguna dalam kehidupan harian. Pemahaman tentang bentuk dan ruang boleh memupuk sikap dan nilai dalam diri murid supaya menghayati keindahan alam sekitar. Skop bidang pembelajaran ini diperincikan seperti berikut:

1       Bentuk Dwimatra
1.1   Jenis bentuk dwimatra
a.    segi empat sama

b.    segi empat tepat
c.    segi tiga sama sisi
d.    segi tiga sama kaki
e.    segi tiga bersudut tegak
f.     bulatan










































2       Bentuk Trimatra
2.1   Jenis bentuk trimatra
a.     kubus
b.    kuboid


c.     piramid
d.    silinder
e.     kon
f.     sfera


Isipadu


Isipadu =  I (tinggi) p (panjang) d (dalam)
Contoh soalan:–
Carikan isipadu berdasarkan diagram 1 di bawah.

Cara mudah dan tepat untuk mencari isipadu
1.       Carikan satu garisan tegak ( l ), satu garisan lintang ( _ ) dan satu garisan serong ( / )pada setiap bentuk dan lakarkan garisan tersebut dengan berlainan warna.

2.       Tuliskan panjang setiap sisi yang dilakar.

3.       Dapatkan isipadu setiap bentuk dengan menamakan setiap bentuk dengan nama (Y, Z).


  Y          3 cm                                   Z           5 cm
        x    7 cm                                           x    3 cm
            21 cm²                                              15 cm²
       x     2 cm                                           x     2 cm
            42 cm³                                  30 cm³      
*peringatan: hasil yang dicari mesti ditulis dengan unit isipadu  ( ³ ).

4.       Jumlahkan kesemua isipadu yang telah siap dicari.
          42 cm³
      +  30 cm³
          72 cm³
5.       Hasillah jawapan yang dikehendaki.
Dapatkanlah slide di sini.

Perimeter


perimeter = pagar
Contoh soalan:-
Carikan perimeter untuk diagram 1 :
Cara mudah dan tepat mencari perimeter (membuat pagar)
1.       Lilitkan sisi yang dikehendaki.

2.     Tuliskan panjang setiap sisi.


3.       Salin setiap sisi mengikut urutan supaya tidak tersilap menulis atau kurang sisi yang dikehendaki, kemudian jumlahkan kesemuanya.
 
                          6 cm
                          8 cm
                          3 cm
                          4 cm
                          3 cm
                          4 cm
                    +    8 cm 
                        3 6 cm

4.       Hasillah jawapan yang dikehendaki.
Dapatkanlah slide di sini.

Luas






Contoh soalan:-
Diagram 1 menunjukkan gabungan segi empat sama ABCD, segi empat tepat DEFG dan segi tiga bersudut tegak CGH. Carikan luas keseluruhan berdasarkan diagram 1 di bawah.


Cara mudah dan tepat mencari luas.

1. Carikan satu garisan tegak dan satu garisan lintang, iaitu garisan yang berbentuk L.      

2.       Tuliskan panjang sisi yang digaris.

3.       Dapatkan luas setiap bentuk yang diberi dengan namakan bentuk (A, B, C).

A        9 cm              B         6 cm                    C       4 cm              
      x   9 cm                     x  3 cm                          x  6 cm          24 cm² ÷ 2 = 12 cm²
         81 cm²                    18 cm²                           24 cm²

       *peringatan: hasil yang dicari mesti ditulis dengan unit luas persegi  ( ² ).

4.       Jumlahkan luas semua bentuk.
          81 cm²
       18 cm²
   +  12 cm²
     111 cm²
5.       Hasillah jawapan yang dikehendaki.
Dapatkanlah slide di sini.

Perimeter


Perimeter ialah jumlah panjang semua sisi pada sesuatu bentuk atau kawasan.

a.    Perimeter segiempat sama = 4 x sisi atau AB + BC + CD + DA
Contoh  : Cari perimeter segiempat sama berpandukan diagram 1 di atas.
Penyelesaian  :  6cm x 4 = 24cm    atau   6cm + 6cm + 6cm + 6cm = 24cm


b.    Perimeter segiempat tepat = AB + BC + CD + DA
Contoh  : Cari perimeter segiempat tepat berpandukan diagram 2 di atas.
Penyelesaian  :  9cm + 4cm + 9cm + 4cm = 26cm

c.    Perimeter segitiga = AB + BC + CA
Contoh  : Cari perimeter segitiga berpandukan diagram 3 di atas.
Penyelesaian  :  5cm + 5cm + 8cm = 18cm

d.    Perimeter gabungan beberapa bentuk
Contoh  : Cari perimeter berpandukan diagram 4 di atas.
Penyelesaian  :  5cm + 5cm + 7cm + 7cm + 5cm = 29cm             

* Cara mudah dan tepat mencari perimeter